10 August 2009

Asrama











Gallery











































Kursus Pengajian

Syabas atas kesungguhan dan komitmen semua pelajar yang telah berjaya mengulang dan menamatkan hafalan Al-Quran 30 juzuk dengan cemerlang.

Teruskan segala usaha suci ini dengan tekad dan kesungguhan yang jitu dan padu demi menjanakan insan yang berkualiti dan berpaksikan al-Quran dan Hadith dalam pengamalan kehidupan seharian kerana AL-QURAN adalah cahaya (QS 6:174), petunjuk (QS 1 ;2), Penyembuh (penyakit) dada, pembeza terhadap kitab dan syari'at terdahulu (QS 5;48) yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW sebagai undang-undang yang adil serta petunjuk yang benar dan hahkiki. Selaras tuntutan Allah SWT dalam firmannya bemaksud: " Dan Kami turunkan kepadamu (Muhammad) al-Quran, agar kamu menerangkan kepada umat manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka" (QS 16:44)

Bagi memikul amanah ini, para Hafizoh perlulah meningkatkan lagi ilmu pengetahuan ke tahap yang optimum terutama dalam bidang pentafsiran. Hal ini merupakan aspek penting yang dapat membantu kecermelangan ummah dalam menenmpuh kehidupan yang amat mencabar ini.

Ingatiahlah ilmu itu sebenarnya tiada penghujung.

Hj. Othman bin Karim
Penasihat
Maahad Tahfiz al Quran Nurul Saadah
Bohor Mali
Perlis

Ikrar


IKRAR PELAJAR
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL SAADAH
BAHAWASANYA KAMI
PUTERI-PUTERI
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL SAADAH BERJANJI DAN BERIKRAR
AKAN TAAT SETIA
KEPADA ALLAH DAN RASUL
SERTA AGAMA YANG DIBAWAHNYA
DENGAN BERTUNJANGKAN AL QURAN
DAN
BERPAKSIKAN AL HADITH
AKAN PATUH DAN TAAT
KEPADA KEDUA IBU BAPA
GURU GURU
SERTA MENGHORMATI
RAKAN RAKAN SEPERJUANGAN
KAMI
AKAN MEMATUHI
SEGALA PERATURAN DAN
UNDANG UNDANG SEKOLAH
AKAN BERUSAHA BERSUNGGUH SUNGGUH
AGAR TERCAPAI CITA CITA
AKAN MENJADIKAN AL QURAN
SEBAGAI PEDOMAN DAN RUJUKAN
AKHLAK MAHMUDAH SEBAGAI CERMINAN
AKAN MENGAMALKAN
APA YANG DIPELAJARI
MENJADIKAN DIRI MUSUMAH SEJATI
KAMI
AKAN BERBAKTI KEPADA AGAMA, BANGSA DAN NEGARA

Sumbangan


Sebarang sumbangan / derma / zakat boleh dibuat melalui:
Nama: MAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL SAADAH
NO AKAUN BIMB: 09-010-02-010644-7

MUSTAFA KAMAL BIN AB LAH
NO AKAUN MAYBANK: 1090 1744 7271


LAFAZ TERIMA ZAKAT / SEDEKAH.

SAYA MUSTAFA KAMAL BIN AB LAH BAGI PIHAK MAAHAD TAHFIZ AL QURAN MENERIMA ZAKAT / SEDEKAH TUAN/PUAN UNTUK KEGUNAAN MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL SAADAH. JAZAKALLAAHU KHAIR.

BENDAHARI

MUSTHAFA KAMAL BIN AB LAH

012-421 5609

013-446 2805




Objektif

Objektif dan misi MTANS

1.Berusaha melahirkan celik Al Quran.
2. Melaihirkan pelajar berketerampilan dan cemerlang di dunia dan di akhirat.
3. Menjana jati diri muslimah berlandaskan Al Quran dan As Sunnah.
4. Memantapkan peribadi pelajar dengan akhlak yang mulia, beriman, bertaqwa.
5. Sentiasa memelihara keagungan dan kesucian Al Quran melaui pengajian dan penghafalan Al Quran.
6. Berusaha membentuk generasi yang dalam menghayati Al Quran seiring dengan ilmu-ilmu lain.

Falsafah


FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM
Pendidikan Islam adalah suatu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekrtar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.


FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepaduuntuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.


Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Sejarah


Pengasas Maahad Tahfiz Al Quran Nurul Saadah(Allahyarham Tuan Guru Hj Abdullah Bin Hj Husein )

Nama Allahyarham ialah Hj Ab Lah @ Abu Bakar bin Hj Husien. Beliau berasal dari Sungai Limau , Yan Kedah dan dilahirkan pada 25 September 1928.
Allahtarham Tuan Guru merupakan seorang yang sangat cintakan ilmu, ini terbukti apabila beliau tidak jemu-jemu belajar dari satu peringkat ke satu per¬ingkat, sehinggalah beliau menuntut di Makkah selama 20 tahun.

Setelah Allahyarham tamat belajar di Madrasah AI-Khairiah, Pokok Sena, beliau kemudiannya berkhidmat di salah sebuah sekolah di negeri Kedah. Setelah itu beliau berhasrat ingin menyambung pelajaranya ke peringkat lebih tinggi. Dengan itu tercapailah cita-citanya untuk melanjutkan pelajaran di Makkah setelah beliau ditawarkan belajar di Maahad AI-Elmi, Makkah yang berbekalkan sijil Empat Thanawi. Setelah tamat, tuan garu kemudiannnya menyambung pengajian ke Madrasah Saqif , di Thoif. Pengajian terakhir beiiau ialah di Darul Ulum yang mana beliau telah berjaya memperolehi sijil A'ala dan menamatkan pengajian ke peringkat yang tertinggi.

Sekembalinya Tuan Guru ke tanah air, beliau berhasrat untuk mengembangkan ilmunya dart menabur bakti kepada anak bangsanya.

Berbekalkan keyakinan dan semangat yang jitu serta mendapat sokongan padu daripada keluarga , Tuan Guru berjaya menubuhkan sebuah Sekolah Rendah Islah di Bohor Mali, Perils pada tahun 1980.

Pada tahun 1990, Allah yarham mendapat ilham daripada Allah SWT untuk membuka sekolah tahfiz, memandangkan generasi kini kurang menghayati Al Quran dan penghafal-penghafal Al Quran semakin berkurangan.

Semoga dengan apa yang dilakukan oleh Allahyarham Tuan Guru akan diganjari oleh Allah SWT dan menjadi salah satu amalan kekal selain meninggalkan anak soleh dan ilmu yang memberi manfaat setelah matinya anak Adam. Semoga dengan bakti ikhlas yang dicurahkan akan menjadi cahaya dan benih yang memancar dan menambahkan kebaikan untuk diri sendiri.

Harapan Allahyarham tidak berubah iaitu mengekalkan Maahad Tahfiz demi membentuk dan melahirkan generasi huffaz yang berwibawa yang mampu menghayati Islam berlandaskan Al Quran dan As Sunnah serta melahirkan pelajar yang berdaya ulamak, intelek, bertaqwa dan beramal Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham


PENGARAH
UST FAKHRUDDIN ARRAZI BIN ABDULLAH


Pengenalan


Maahad Tahfiz Al Quran Nurul Saadah ( MTANS ) ini telah ditubuhkan pada tahun 1990, hasil dari ilham pengasasnya Allahyarham Tuan Guru Hj. Abdullah bin Hussien. Ia merupakan system pengajian yang kedua selepas pengajian Sekolah Rendah Islam ( SRI) yang diperkenalkan sejak 1980.

MTANS merupakan institute pengajian AL Quran dan Tahfiz khususnya untuk pelajar perempuan. Di atas kesedaran yang diberikan oleh ALIAH S.W.T maka lahirlah hasrat untuk mewujudkan sebuah pusat pengajian untuk melahirkan penghafal-penghafal AL Quran yang semakin hari semakin berkurangan. Rentetan itu terbuktilah citacita setelah dimulakan pengajian pelajar pelajar bagi mengikuti kursus menghafal Al Quran 30 juzuk buat pertama kalinya pada bulan Jun tahun 1999.

Pada mulanya pengambilan pelajar Maahad Tahfiz hanya terbuka kepada pelajar lelaki sahaja. Pada tahun 1999 MTANS mengambil inisiatif untuk menukar pengambilan kepada perem¬puan sahaja, memandangkan ketiadaan Maahad Tahfiz (per¬empuan) di negeri Perlis. Sehingga kini MTANS merupakan institusi tunggal bagi Tahfizul Quran Lil Banat di negeri Perlis .

Maahad tahfiz Al Quran Nurul Saadah mengamalkan system pengajian Tahfiz Al Quran sepenuh masa dan kelas Fardhu Ain. Kedudukan kelas mengikut kelayakan dan tahap pendidikan pelajar. Maahad Tahfiz ini juga telah berdaftar di bawah Jabatan Agama Islam Negeri Perlis.

Pengurus Maahad Tahfiz
UST MUSTAFFA KAMAL BIN ABDULLAH

Last update: 10 Ogos 2009